Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Wilayah 2 Komited Banteras Penyeludupan Minuman Keras

Published: 25 Oct 2018 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 25 Oktober 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 terus komited dalam membenteras kegiatan penyeludupan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-wilayah-2-komited-banteras-penyeludupan-minuman-keras
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT

Johor Bahru, 25 Oktober 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 terus komited dalam membenteras kegiatan penyeludupan.

Di dalam satu operasi kira-kira jam 7.30 malam di Kawasan Perindustrian Kulai, di sini, semalam, PPM Wilayah 2 telah menyerbu dan memeriksa sebuah premis.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki dewasa warga tempatan masing-masing berumur 24 dan 37 tahun bersama dua buah van.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua buah van yang berada di dalam premis tersebut menemui sejumlah 450 kotak minuman keras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kedua-dua van tersebut dipercayai baru sahaja memasuki premis tersebut. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, kesemua rampasan minuman keras dan dua van terbabit bernilai RM256,400.

Polis Marin Wilayah 2 Komited Banteras Penyeludupan Minuman Keras
ArticlePublished 25 Oct 2018 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM