Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan Tujuh Pendatang Asing Di Perairan Sandakan

Published: 17 Jun 2014 7.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Sandakan, 17 Julai - Polis Marin Sandakan menggagalkan cubaan tujuh pendatang tanpa izin masuk ke negara ini selepas menahan bot pam yang mereka naiki di perairan berhampiran Pulau Nunuyan dekat sini ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-tujuh-pendatang-asing-di-perairan-sandakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:55 MYT

Sandakan, 17 Julai - Polis Marin Sandakan menggagalkan cubaan tujuh pendatang tanpa izin masuk ke negara ini selepas menahan bot pam yang mereka naiki di perairan berhampiran Pulau Nunuyan dekat sini hari ini.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah DSP Husaini Zainal Abidin berkata lima yang ditahan itu adalah lelaki dan dua lagi wanita, kesemuanya warga Filipina berusia 24 hingga 56 tahun.

Katanya bot ronda polis marin menahan dua bot pam ketika melakukan rondaan keselamatan dan membanteras jenayah di bawah Ops Pensura di perairan itu pada pukul 12.20 pagi.

Terdapat lapan orang menaiki bot pam tersebut dan hanya seorang lelaki memiliki pasport, manakala tujuh lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sebanyak 2,000 bungkus rokok seludup turut ditemui di dalam sebuah daripada bot pam itu.

Husaini meminta orang ramai khususnya penduduk di pesisir pantai dan nelayan menyalurkan maklumat kepada pihaknya mengenai kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan laut, sungai serta pesisir pantai dengan menghubungi talian 089-221423/ 221424/ 221453.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM