Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tahan 14 Pati Di Perairan Sandakan

Diterbitkan: 21 Oct 2018 2.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sandakan, 21 Oktober 2018 - Cubaan 14 pendatang asing ranpa izin (PATI) Filipina mendarat di Sandakan gagal selepas bot laju dinaiki mereka dikesan di kuala sungai Batu 3 dekat sini, awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-14-pati-di-perairan-sandakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:25 MYT

Sandakan, 21 Oktober 2018 - Cubaan 14 pendatang asing ranpa izin (PATI) Filipina mendarat di Sandakan gagal selepas bot laju dinaiki mereka dikesan di kuala sungai Batu 3 dekat sini, awal hari ini.

Turut ditahan juragan bot laju itu, seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan warganegara Filipina dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Superintenden Abdul Nasir Othman berkata kesemua PATI yang ditahan itu terdiri daripada sembilan wanita dewasa, dua lelaki dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Kesemua PATI berusia antara lima hingga 56 tahun itu ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/1963, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Abdul Nasir berkata bot laju dinaiki PATI berkenaan ditahan pada jam 12.35 pagi oleh pegawai dan anggota PPM yang membuat intipan serta pemantauan menerusi Op Pensura di kawasan perairan itu.

Katanya bot laju itu dikesan dari arah laut dipercayai dari perairan Filipina memasuki kuala sungai Batu 3.

Menurutnya ketika cuba dihampiri bot anggota PPM, bot laju itu memecut laju untuk melarikan diri sebelum berjaya dipintas.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2018 2.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM