Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Sandakan Tumpas Kegiatan Seleweng Minyak Sawit M

Published: 17 Jun 2014 8.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Sandakan, 4 Ogos - Polis Marin Sabah menumpaskan kegiatan menyeleweng minyak sawit mentah berikutan penahanan dua lelaki serta merampas 10 tan minyak berkenaan dalam satu operasi di Sungai Seguntor de..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-sandakan-tumpas-kegiatan-seleweng-minyak-sawit-m
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:25 MYT

Sandakan, 4 Ogos - Polis Marin Sabah menumpaskan kegiatan menyeleweng minyak sawit mentah berikutan penahanan dua lelaki serta merampas 10 tan minyak berkenaan dalam satu operasi di Sungai Seguntor dekat sini semalam.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah DSP Husaini Zainal Abidin berkata anggota polis marin yang meronda di kawasan sungai itu pada 8.40 pagi, menahan sebuah jongkong dan pemeriksaan mendapati ia membawa muatan minyak sawit mentah dan tidak mempunyai sebarang dokumen berkaitan.

"Ketika ditahan, jongkong itu sedang menunggu lori untuk memindahkan minyak sawit mentah berkenaan dan seterusnya akan dihantar ke kilang untuk diproses menghasilkan minyak masak keperluan pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua lelaki berusia 21 dan 35 tahun yang berada dalam jongkong itu turut ditahan.

Kes itu dirujuk kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia Daerah Sandakan untuk siasatan lanjut kerana berkaitan dengan aktiviti penyelewengan minyak sawit mentah iaitu mengalih tanpa lesen, katanya.

Husaini turut meminta orang ramai membantu usaha membanteras kegiatan jenayah dan penyeludupan yang berlaku di perairan dengan menyalurkan maklumat kepada polis marin di talian 089-221423. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM