Polis Marin Sandakan Gagal Cubaan Seludup 1 850 Liter Diesel
Sandakan, 5 Ogos - Polis Marin menggagalkan cubaan menyeludup 1,850 liter minyak diesel selepas menahan sebuah bot laju berhampiran Pulau Bai dekat sini hari ini.
Pemangku
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah DSP Husaini Zainal Abidin
berkata dalam operasi pada kira-kira 1.30 pagi itu, juragan bot laju
berkenaan berjaya memboloskan diri selepas menyedari dikejar polis marin.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas bot menjumpai 47 gelen dan dua tong drum yang berisi minyak diesel.
"Minyak
itu dipercayai diperoleh dari tempat yang dilesenkan dan hendak
diniagakan dengan cara yang salah, dan menjadi kesalahan di bawah Akta
Kawalan Bekalan 1961 melakukan urus niaga barang kawalan tanpa lesen
yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Husaini
berkata rampasan diserah kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini untuk tindakan lanjut.
Sumber : BERNAMA