Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Sandakan Gagal Cubaan Seludup 1 850 Liter Diesel

Published: 17 Jun 2014 8.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Sandakan, 5 Ogos - Polis Marin menggagalkan cubaan menyeludup 1,850 liter minyak diesel selepas menahan sebuah bot laju berhampiran Pulau Bai dekat sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-sandakan-gagal-cubaan-seludup-1-850-liter-diesel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:24 MYT

Sandakan, 5 Ogos - Polis Marin menggagalkan cubaan menyeludup 1,850 liter minyak diesel selepas menahan sebuah bot laju berhampiran Pulau Bai dekat sini hari ini.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah DSP Husaini Zainal Abidin berkata dalam operasi pada kira-kira 1.30 pagi itu, juragan bot laju berkenaan berjaya memboloskan diri selepas menyedari dikejar polis marin.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas bot menjumpai 47 gelen dan dua tong drum yang berisi minyak diesel.

"Minyak itu dipercayai diperoleh dari tempat yang dilesenkan dan hendak diniagakan dengan cara yang salah, dan menjadi kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melakukan urus niaga barang kawalan tanpa lesen yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husaini berkata rampasan diserah kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini untuk tindakan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM