
Polis Marin Rampas 4 560 Karton Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm700 Ribu
Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sejumlah 4,560 karton rokok pelbagai jenis bernilai kira-kira RM748,320 termasuk cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan di tepi Sungai Bagan Tengkorak, Kuala Selangor awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kassim berkata, serbuan pada pukul 4.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai PPM Pelabuhan Klang, selepas melakukan risikan dan intipan selama dua hari di lokasi.
Sumber Berita- Bernama Radio