Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Pengkalan Kubor Rampas 10 Ekor Lembu Bernilai Rm100 000

Published: 24 Jul 2015 1.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor lembu jantan jenis 'Limousin' bernilai kira-kira RM100,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini dalam serbuan di Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-pengkalan-kubor-rampas-10-ekor-lembu-bernilai-rm100-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:48 MYT

Tumpat, 15 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor lembu jantan jenis 'Limousin' bernilai kira-kira RM100,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini dalam serbuan di Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintahnya ASP Mohd Nawi Yunus berkata serbuan itu dilakukan selepas menjalankan intipan lebih dua jam hasil maklumat yang disalurkan Unit Risikan Marin.

"Beberapa anggota yang menjalankan intipan telah ternampak beberapa lelaki sedang menarik sebelum menambat beberapa ekor lembu di sebelah jalan raya Kampung Simpangan ke kawasan bendang di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Mohd Nawi berkata beliau percaya lembu berkenaan dibawa masuk dari negara jiran bagi memenuhi permintaan ketika musim perayaan Aidilfitri ini.

"Kes akan dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 24 Jul 2015 1.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM