Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Kpdnkk Rampas Baja Subsidi Bernilai Rm350 000

Published: 28 Oct 2018 2.53 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Alor Setar, 28 September 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi dengan kerjasama bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Kedah merampas 13,301 beg baja bersubsidi yang diseleweng dalam satu serbuan di Kampung Simpang Kuar, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-kpdnkk-rampas-baja-subsidi-bernilai-rm350-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT

Alor Setar, 28 September 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi dengan kerjasama bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Kedah merampas 13,301 beg baja bersubsidi yang diseleweng dalam satu serbuan di Kampung Simpang Kuar, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rosman Ismail berkata, pasukannya bertindak menahan dua individu warga asing setelah menerima maklumat daripada Unit Risikan Marin.

Menurutnya, hasil siasatan awal turut menemukan gudang kedua yang menjalankan aktiviti memproses semula baja bersubsidi tanpa lesen untuk dijual menggunakan bungkusan baharu.

Kesemua tahanan dan barang rampasan termasuk baja bersubsidi yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM350,000 diserahkan kepada KPDNKK Kedah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

ArticlePublished 28 Oct 2018 2.53 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM