Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Keluar 17 Saman Pelbagai Kesalahan Bot Di Semporna

Published: 24 Jul 2015 2.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 24 Julai- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat mengeluarkan 17 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam Operasi Selamat Laut di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-keluar-17-saman-pelbagai-kesalahan-bot-di-semporna
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:05 MYT

Semporna, 24 Julai- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat mengeluarkan 17 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam Operasi Selamat Laut di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi selama empat jam bermula 7 pagi di perairan pelabuhan Semporna itu, sebanyak 44 buah bot tempatan telah diperiksa.

"Kesemua bot tersebut disaman kerana melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) dan kes itu disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Operasi Selamat Laut itu memberi tumpuan kepada semua jenis pengangkutan laut termasuk aktiviti nelayan dan pelancongan bagi tujuan keselamatan penumpang atau menguatkuasakan MSO.

Mohamad berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan enam lelaki dan lima wanita di bawah Akta Imigresen 1959/63/.

Kesemua yang ditahan telah diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 24 Jul 2015 2.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM