Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kesan Lelaki Tembak Monyet

Diterbitkan: 22 May 2019 3.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis akan mengesan lelaki yang menembak seekor monyet menggunakan pistol yang tular di media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kesan-lelaki-tembak-monyet
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:15 MYT

 

Kuala Lumpur, 22 Mei 2019 - Polis akan mengesan lelaki yang menembak seekor monyet menggunakan pistol yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed berkata, berdasarkan rakaman yang tular itu, lelaki berkenaan melanggar dua peraturan iaitu penyalahgunaan senjata api dan membunuh binatang.

Suspek boleh disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya ‘Baby sayang’.

Bacaan terperinci di pautan: https://bit.ly/2w9v3jz

ArtikelDiterbitkan 22 May 2019 3.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM