Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kesan Empat Budak Lari Dari Rumah Kebajikan

Published: 02 Oct 2018 12.45 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kepala Batas, 2 Oktober 2018 - Polis meminta kerjasama orang awam membantu menyalurkan maklumat mengenai empat kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Taman Bakti, di sini yang melarikan diri dalam kejadian Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kesan-empat-budak-lari-dari-rumah-kebajikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT

Kepala Batas, 2 Oktober 2018 - Polis meminta kerjasama orang awam membantu menyalurkan maklumat mengenai empat kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Taman Bakti, di sini yang melarikan diri dalam kejadian Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun itu didapati hilang dari rumah perlindungan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kehilangan kanak-kanak itu disedari seorang petugas ketika melakukan pemeriksaan di asrama lelaki rumah terbabit.

“Kehilangan itu kemudian dilaporkan pembantu kebajikan masyarakat rumah kanak-kanak itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Melalui pemeriksaan yang dijalankan, kita percaya empat kanak-kanak itu melarikan diri melalui tingkap bilik asrama berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorzainy berkata, empat kanak-kanak itu ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan antara tahun 2012 dan 2017 atas faktor pengabaian oleh keluarga.

“Kita memohon kerjasama orang ramai supaya membantu polis mengesan kanak-kanak ini sekiranya mempunyai maklumat,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di talian 04-5762222 atau pergi ke mana-mana balai polisberhampiran.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 63 Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis Kesan Empat Budak Lari Dari Rumah Kebajikan

ArticlePublished 02 Oct 2018 12.45 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM