Polis Kelantan Rampas Pistol Berkas Dua Pembekal Senjata Ap
Kota Baharu, 21 Julai - Polis Kelantan merampas tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan dan menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas awal hari ini.
Ketua
Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek termasuk
remaja berusia 15 tahun yang sudah tidak bersekolah itu dipercayai
pembekal senjata api untuk disewakan. Seorang lagi suspek berusia 29 tahun.
Pistol
yang dirampas adalah jenis Colt dan Mikros serta satu pistol tiruan
jenama Baby 111-CAPA 3.8, katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya
dalam serbuan pukul 3 pagi itu polis turut merampas tiga kelopak dengan
dua daripadanya kosong sementara satu lagi berisi empat butir peluru.
Polis
juga merampas alat renjatan elektrik dan satu peket plastik berisi tiga
biji pil kuda, katanya menambah kedua-dua suspek positif dadah.
Katanya polis kini menjejaki seorang wanita berusia 29 tahun yang dipercayai rakan mereka. Menurut Jalaluddin siasatan awal polis mendapati senjata api terbabit
disewakan pada kadar RM500 hingga RM1,000.
"Kita
akan hantar semua senjata berkenaan kepada pihak forensik untuk
memastikan adakah senjata itu terbabit dalam beberapa kes tembakan di
Kelantan sebelum ini," katanya.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan,
katanya.
Jalaluddin
berkata polis juga menyiasat kes itu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah
Berbahaya yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara
lima tahun atau kedua-duanya.
Menurut
beliau sejak Januari tahun ini polis Kelantan telah merampas lima
senjata api dan sepucuk raifel M-16 berbanding enam pucuk pistol
sepanjang tahun lepas dan sembilan pucuk pada 2011.
Dalam tahun ini juga sudah berlaku enam kes tembakan di Kelantan, katanya. Kes
terbaharu berlaku 8 Julai lepas membabitkan seorang guru lelaki berusia
43 tahun yang maut selepas terkena dua das tembakan ketika keluar dari
kawasan sekolah di Bachok.
Sumber : BERNAMA