Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Rampas 272 000 Pil Kuda Bernilai Rm6 2 Juta

Published: 24 Jul 2015 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Kelantan merampas sejumlah 272,000 biji pil kuda yang dianggar bernilai RM6.2 juta di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan, Repek di Pasir Mas pada Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-rampas-272-000-pil-kuda-bernilai-rm6-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT

Kota Bahru, 15 Julai - Polis Kelantan merampas sejumlah 272,000 biji pil kuda yang dianggar bernilai RM6.2 juta di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan, Repek di Pasir Mas pada Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata hasil maklumat awam, sepasukan anggota dari Unit Task Force Narkotik IPK Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 telah melakukan serbuan di rumah berkenaan pada 10.30 malam.

"Pemeriksaan di kolah rumah terbabit membawa kepada penemuan tiga bungkusan bersaiz guni berserta satu plastik merah yang mengandungi pil kuda.

"Kita percaya rumah ini dijadikan tempat transit dadah sebelum bekalan dadah itu diagihkan kepada beberapa sindiket lain untuk diedarkan. Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat dalam serbuan ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata pihaknya kini sedang mengesan seorang suspek berusia 34 tahun dari kampung berkenaan untuk membantu siasatan.

"Kesemua dadah ini dipercayai untuk diedarkan di Kelantan, Pahang dan Terengganu sempena musim Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

"Ini merupakan kejayaan terbesar bagi Kontinjen Kelantan pada tahun ini dan kita berterima kasih kepada orang awam yang sentiasa memberikan maklumat," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 24 Jul 2015 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM