Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Tumpas Mesin Judi Kontena

Diterbitkan: 28 Oct 2018 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Iskandar Puteri, 28 Oktober 2018 - Belum sempat beroperasi namun sudah dihidu pihak polis. Itu yang berlaku apabila pihak polis beijaya merampas cmpat mesin simulator permainan 'wukong'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-tumpas-mesin-judi-kontena
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:45 MYT

Iskandar Puteri, 28 Oktober 2018 - Belum sempat beroperasi namun sudah dihidu pihak polis. Itu yang berlaku apabila pihak polis beijaya merampas cmpat mesin simulator permainan 'wukong'.

Ini susulan penemuan kontena yang bakal dijadikan pusat judi simulator dipercayai didalangi sindiket perjudian dalam Op Dadu judi berkomputer di Tanjung Kupang, Gelang Patah, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata serbuan pada 11 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Katanya, premis itu mempunyai empat mesin simulator permainan 'wukong' ditanda Rl hingga R4.

"Semua mesin dirampas itu masih belum berfungsi dan dibawa masuk ke dalam kontena awal pagi kelmarin," katanya.

Sumber : Harian Metro

Polis Johor Tumpas Mesin Judi Kontena
ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2018 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM