Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Gempur Judi Di Tapak Pembinaan Kondominium

Published: 15 Oct 2018 8.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 15 Oktober 2018 - Pertaruhan minimum 50 sen dan dibayar 10 kali ganda daripada nilai pertaruhan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gempur-judi-di-tapak-pembinaan-kondominium
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT

Petaling Jaya, 15 Oktober 2018 - Pertaruhan minimum 50 sen dan dibayar 10 kali ganda daripada nilai pertaruhan.

Kegiatan judi itu digempur Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah tapak projek kondominium, di Jalan PJS3/1 Taman Medan, di sini, semalam.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata pihaknya menahan dua penganjur lelaki tempatan, enam pemain lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh menerusi Ops Judi Bola Golek, pada jam 8.30 malam.

Katanya, pihaknya turut merampas bahan bukti termasuk satu papan pertaruhan, empat bola getah, tiga alat penimbang, empat bongkah kayu dan wang tunai berjumlah RM1,470 bagi membantu siasatan.

“Operasi berjalan dengan baik. Kesemua individu ditangkap dan rampasan dibawa balik ke balai (di sini) untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Pertaruhan dan Seksyen 6 (1) Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam serbuan berasingan pada hari sama, Khaizam berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan selepas mendapati terdapat beberapa tatu di badannya yang melambangkan sebuah kumpulan samseng dikenali sebagai Geng 21.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun itu diberkas menerusi Ops Cantas, kira-kira 100 meter dari lokasi serbuan pertama pada jam 8.45 malam.

“Lelaki itu mengaku terbabit dengan geng itu. Kita juga dapati Geng 21 memungut wang perlindungan setiap bulan untuk menjaga beberapa lokasi sekitar tapak pembinaan di sini, yang menjalankan aktiviti judi.

“Geng itu akan mengawal dan memantau pihak berkuasa serta ancaman berkaitan manakala aktiviti itu dikatakan mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Polis Gempur Judi Di Tapak Pembinaan Kondominium

ArticlePublished 15 Oct 2018 8.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM