Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Cari Ibu Bapa Budak Lelaki Maut Dipercayai Didera

Diterbitkan: 09 Nov 2018 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 9 November 2018 – Polis meminta ibu kandung dan bapa tiri seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital di Ampang semalam, dipercayai akibat didera, supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cari-ibu-bapa-budak-lelaki-maut-dipercayai-didera
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:53 MYT

Shah Alam, 9 November 2018 – Polis meminta ibu kandung dan bapa tiri seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital di Ampang semalam, dipercayai akibat didera, supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka ialah Noraini Samian, 20, dan Khairul Izaini Khairuddin, 31.

“Ibu kandung mangsa dan bapa tirinya yang turut dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital semalam dengan sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna kuning,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Fadzil berkata, mangsa sebelum itu dipercayai dibawa oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke jabatan kecemasan hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Katanya, pakar perubatan di hospital berkenaan kemudian mengesahkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

“Pakar perubatan itu kemudian membuat laporan polis selepas mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di badan dan muka mangsa.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM