
Polis Buru Dua Lelaki Lepaskan Tembakan
Alor Gajah, 1 Januari 2019 - Polis memburu dua individu lelaki yang melepaskan tiga das tembakan dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian jam 7.25 malam kelmarin itu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kedua-dua suspek yang bertopeng memecah masuk sebuah rumah dihuni seorang warga emas sebelum melepaskan tembakan ke arah siling dan luar rumah bagi menakutkan mangsa.
Bacaan lanjut di BERITA HARIAN ONLINE https://www.bharian.com.my/…/polis-buru-2-lelaki-lepaskan-t…