Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru 60 000 Saman Trafik Tertunggak Warga Asing

Published: 23 Oct 2018 6.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
MIRI - Polis akan menjalankan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bermula Jumaat ini bagi memburu 60,000 saman tertunggak di Sarawak yang melibatkan kenderaan pendaftaran Brunei dalam tempoh 10 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-60-000-saman-trafik-tertunggak-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:24 MYT

MIRI - Polis akan menjalankan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bermula Jumaat ini bagi memburu 60,000 saman tertunggak di Sarawak yang melibatkan kenderaan pendaftaran Brunei dalam tempoh 10 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata operasi hingga Ahad ini akan dibuat di sempadan Malaysia-Brunei iaitu dua arah laluan tol Sungai Tujuh Miri ke negara Brunei.

“Operasi ini bertujuan memastikan pesalah trafik warga asing menjelaskan saman tertunggak sebelum meninggalkan negara ini, memberi kesedaran kepada warga asing untuk mematuhi undang-undang trafik dan mencegah kemalangan berlaku melibatkan warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata warga asing khususnya dari Brunei dinasihatkan untuk membuat semakan awal rekod saman tertunggak kenderaan masing-masing di balai polis trafik berhampiran di semua daerah di Sarawak.

Sumber- Sinar Harian

Polis Buru 60 000 Saman Trafik Tertunggak Warga Asing
ArticlePublished 23 Oct 2018 6.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM