Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bongkar Sindiket Batu Delima Tarik Duit

Published: 10 Oct 2018 10.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Tinggi, 10 Oktober 2018 - Dua lelaki warga Indonesia disyaki terlibat dengan sindiket penipuan batu delima yang kononnya boleh digunakan untuk upacara 'tarik duit' berjaya diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-sindiket-batu-delima-tarik-duit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:41 MYT

Kota Tinggi, 10 Oktober 2018 - Dua lelaki warga Indonesia disyaki terlibat dengan sindiket penipuan batu delima yang kononnya boleh digunakan untuk upacara 'tarik duit' berjaya diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek telah bergiat aktif dengan sindiket penipuan batu delima itu sejak awal tahun 2018 di daerah Kota Tinggi dan beberapa daerah lain di Johor.

Menurutnya, sebanyak 11 kes dilaporkan pada tahun ini di daerah Kota Tinggi yang membabitkan mangsa-mangsa mengalami kerugian sejumlah RM118,000.

"Sindiket ini menyasarkan mangsa warga emas di mana suspek memperdayakan mangsa dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara 'tarik duit' atau menyembuhkan penyakit.

"Bagi menyakinkan mangsa, suspek meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila diletakkan di dalam air.

Katanya, pihak polis telah merampas lima biji batu delima palsu berserta bekas tembaga, wang tunai, telefon bimbit, dan sebuah kereta yang digunakan oleh kedua-dua suspek berkenaan.

"Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun dengan sebat atau kedua-duanya," katanya lagi. - SINAR HARIAN ONLINE

Polis Bongkar Sindiket Batu Delima Tarik Duit

ArticlePublished 10 Oct 2018 10.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM