Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Dan Jkdm Sekat Taktik Edar Dadah Guna Laluan Udara

Diterbitkan: 29 Oct 2020 3.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2020 - Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu kini menjadikan perkhidmatan kurier, kargo dan penerbangan domestik sebagai kaedah penghantaran terbaharu barangan haram itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-dan-jkdm-sekat-taktik-edar-dadah-guna-laluan-udara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:28 MYT

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2020 - Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu kini menjadikan perkhidmatan kurier, kargo dan penerbangan domestik sebagai kaedah penghantaran terbaharu barangan haram itu.

Ia dipercayai bagi mengelakkan penghantaran dadah melalui laluan darat tersekat atau 'kantoi' di sekatan jalan raya yang dilakukan pasukan keselamatan.

Sindiket juga dipercayai menjadikan penerbangan domestik sebagai kaedah penghantaran dadah disebabkan pemerhatian dilakukan mereka mendapati wujud kelonggaran pemeriksaan di lapangan terbang membabitkan penerbangan dalam negara.

Bukti sindiket dadah antarabangsa memilih kaedah berkenaan diperoleh berdasarkan peningkatan kes rampasan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Untuk tahun ini, JSJN merekodkan jumlah rampasan pelbagai dadah seberat 2,842.3 kilogram (kg) dari Mac hingga September lalu manakala JKDM pula sebanyak 2,775 kg dari Januari hingga September lalu dengan nilai keseluruhan rampasan lebih RM216 juta menggunakan kaedah berkenaan.

Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, Hafidzul Hilmi Mohd Noor bersama Pengarah JSJN Bukit Aman CP Dato’ Razarudin Husain @ Abd Rasid dan Timbalan Pengarah JKDM (Operasi dan Pematuhan), Dato’ Johari Alifiah mengenai taktik sindiket terbabit.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2020 3.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM