
Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 91 Sindiket Dadah Tumpas Hanya Dalam Enam Bulan Kpn
#PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs
KERATAN AKHBAR PILIHAN: 91 SINDIKET DADAH TUMPAS HANYA DALAM ENAM BULAN - KPN
Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 – Sebanyak 91 sindiket dadah berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari sehingga Jun lalu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM 201 juta.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya merampas 193 tan pelbagai jenis dadah yang disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun.
Seramai 70,803 individu ditahan membabitkan pelbagai kesalahan dadah seperti membekal, memiliki dan positif ujian saringan air kencing sejak Januari hingga Jun lalu.
“Bagi mengelakkan Malaysia menjadi tapak pemprosesan dadah, sebanyak sembilan makmal dadah turut dibongkar setakat Jun ini membabitkan penahanan 36 individu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Tan Sri Abdul Hamid berkata, sepanjang tempoh ini juga, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sudah membuka 27,291 kertas siasatan dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 21,929 atau 80 peratus sudah dituduh.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN