Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Video Pilihan Op Bersepadu Ambang Merdeka Usaha Banteras Pesalah Lalu Lintas

Published: 17 Sep 2020 3.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Jom saksikan rangkuman Operasi Bersepadu Ambang Merdeka yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada malam ambang Merdeka yang lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-video-pilihan-op-bersepadu-ambang-merdeka-usaha-banteras-pesalah-lalu-lintas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT

Jom saksikan rangkuman Operasi Bersepadu Ambang Merdeka yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada malam ambang Merdeka yang lepas.

Op bersepadu itu bertujuan membanteras pemandu yang melakukan salah laku di jalan raya dan di bawah pengaruh dadah serta alkohol.

Operasi dilakukan di dua tempat berbeza iaitu kawasan Dataran Bandar, Alor Setar, Kedah yang turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Kedah Kota Setar, ACP Tuan Nor Azman Mohd Noor dan di seluruh daerah Petaling Jaya, Selangor oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.

Dalam operasi tersebut, saman telah dikeluarkan bagi pesalah lalu lintas di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Manakala mereka yang didapati positif dadah diserahkan kepada AADK untuk disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 31 Akta Penagih Dadah 1983.

Sumber: 999 TV3

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Link: https://www.facebook.com/999TV3/videos/429116928051503/

Pkpp Covid 19 Video Pilihan Op Bersepadu Ambang Merdeka Usaha Banteras Pesalah Lalu Lintas
ArticlePublished 17 Sep 2020 3.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM