Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Update Pemandu Lawan Arus Di Klang Telah Ditahan

Published: 09 Jul 2020 8.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 8 Julai 2020 – Polis sedang memburu pemandu kereta Hyundai berwarna putih yang melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan McDonald's Klang Sentral, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-update-pemandu-lawan-arus-di-klang-telah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:46 MYT

Klang, 9 Julai 2020 - Polis menahan seorang lelaki kerana memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan sebuah restoran makanan segera di Klang Sentral di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Puan Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara.

"Polis telah merampas sebuah kereta jenis Kia Cerato yang digunakan lelaki terbabit dalam kejadian itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kini telah direman selama satu hari untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 10.50 malam Isnin lalu itu telah tular di media sosial Facebook satu video berdurasi satu minit 30 saat menunjukkan sebuah kereta berwarna putih dipandu secara melawan arus.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
ArticlePublished 09 Jul 2020 8.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM