Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Update Kes Tular Tauke Shisha Bersama Dua Pekerja Didakwa Cederakan Pegawai Dan Anggota Polis

Published: 20 Oct 2020 12.16 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 20 Oktober 2020 - Seorang tauke shisha bersama dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap pegawai dan anggota polis dalam kejadian Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-update-kes-tular-tauke-shisha-bersama-dua-pekerja-didakwa-cederakan-pegawai-dan-anggota-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:39 MYT
Kota Bharu, 20 Oktober 2020 - Seorang tauke shisha bersama dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap pegawai dan anggota polis dalam kejadian Rabu lalu.

Tertuduh, Mohamad Nornasharieq Rosli, 28, dan pembantu kedai makan berkenaan, Mohamad Hamiri Asraf Ab Hamid, 24, serta Mohammad Nor Aizaq Rosli, 25, (adik Nornasharieq) didakwa secara berasingan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli dan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Nornasharieq didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sekuli sehingga menyebabkan cedera tulang tangan di sebuah bistro di Lembah Sireh di sini pada 8.15 malam, 14 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Nornasharieq didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada pegawai polis, Inspektor N. Indra Nahu dengan cara menumbuk dan mencakar muka sehingga mengalami kecederaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../cederakan-anggota-polis...

Sumber: Harian Metro

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Update Kes Tular Tauke Shisha Bersama Dua Pekerja Didakwa Cederakan Pegawai Dan Anggota Polis
ArticlePublished 20 Oct 2020 12.16 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM