Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Terus Kekal Patuhi Garis Panduan Amalan Kesihatan Untuk Memerangi Pandemik Covid 19 Kpn

Diterbitkan: 23 Sep 2020 6.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
walaupun Malaysia telah berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember depan, namun warga PDRM khasnya masih terikat dengan beberapa arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan, Bukit Aman demi memastikan setiap tugas dilaksanakan bebas dari sebarang jangkitan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-terus-kekal-patuhi-garis-panduan-amalan-kesihatan-untuk-memerangi-pandemik-covid-19-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:56 MYT

Kuala Lumpur, 23 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyeru warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus kekal mematuhi garis panduan amalan kesihatan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir di negara ini.

Menurut beliau, walaupun Malaysia telah berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember depan, namun warga PDRM khasnya masih terikat dengan beberapa arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan, Bukit Aman demi memastikan setiap tugas dilaksanakan bebas dari sebarang jangkitan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa, kita tidak boleh mengambil pendekatan sambil lewa, kerana penularan wabak maut COVID-19 masih belum berkesudahan.

"Malah, sebagai ‘frontliners’, kita harus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dan tidak 'seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus', di mana kita pula melanggar akta-akta yang berkuat kuasa sepanjang tempoh PKPP ini," ucap beliau dalam Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Ramli Haji Din, barisan Pengarah PDRM dan rakan-rakan media.

Dalam majlis tersebut juga, seramai enam Pegawai Polis dan Pegawai Awam telah menerima Anugerah Integriti mengikut kategori masing-masing yang disampaikan oleh Tan Sri Abdul Hamid.

Mereka terdiri daripada ASP Ahmad Syaari Ishak dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Sub Inspektor Detektif Muhamad Ramli Saleh dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Lans Koperal Augus Mesia dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Sarjan Mejar Che Ahmad Bakar dari Batalion 3, Briged Utara, Puan Zaiwana Ngojar dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), IPD Shah Alam dan Encik Azri Hazwan Mohamad Khalid dari JIPS, IPK Terenggganu. 

Manakala seramai 22 orang Pegawai, Anggota Polis dan lapan Pegawai Awam pula menerima Sijil Penghargaan KPN atas prestasi cemerlang yang telah dipamerkan mereka dalam bidang dan karier masing-masing.

Tan Sri Abdul Hamid berharap, penghargaan yang diterima oleh setiap Pegawai dan Anggota Polis itu akan menjadi aspirasi kepada warga PDRM yang lain, untuk terus menabur khidmat bakti dengan cemerlang, demi Pasukan.

#STAYHOME #BESAFE #PRAY4MALAYSIA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

DSC_8076
Ucapan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

DSC_7949
Upacara lafaz ikrar dipimpin oleh ACP Mohd Faizal Yahya dari Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan dan disertai oleh wakil-wakil jabatan dalam PDRM.

0S7A4135
Sekitar upacara memperbaharui lafaz ikrar pasukan.

DSC_7976
Sekitar sesi penyampaian Anugerah Integriti PDRM Tahun 2020.

0S7A4153
Sekitar sesi penyampaian Anugerah Integriti PDRM Tahun 2020.

0S7A4220
Antara penerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara.

0S7A4193
Antara penerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara.

DSC_8095
Sesi bergambar kenangan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara serta barisan Pengarah PDRM bersama penerima Anugerah Integriti PDRM Tahun 2020.

ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2020 6.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM