Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Lagi Pemandu Mabuk Berjaya Ditahan Di Ipoh

Published: 20 Jun 2020 1.37 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 20 Jun 2020 – Polis berjaya menahan seorang lagi individu kerana memandu dalam keadaan mabuk ketika melalui sekatan jalan raya, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-op-mabuk-lagi-pemandu-mabuk-berjaya-ditahan-di-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:20 MYT

Ipoh, 20 Jun 2020 – Polis berjaya menahan seorang lagi individu kerana memandu dalam keadaan mabuk ketika melalui sekatan jalan raya, di sini, malam tadi.

Pemandu itu ditahan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang sedang menjalankan Op Mabuk di sekitar Bandaraya Ipoh.

Suspek yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk tujuan siasatan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Polis Diraja Malaysia kini giat mempertingkatkan operasi memburu pesalah jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen PERAK

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Lagi Pemandu Mabuk Berjaya Ditahan Di Ipoh
Image may contain: one or more people, people standing, night and outdoor
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Image may contain: one or more people, people standing, car and outdoor
ArticlePublished 20 Jun 2020 1.37 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM