Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKPP #COVID-19 [POSTING PILIHAN] OP MABUK: EMPAT LELAKI DITAHAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

Diterbitkan: 11 Jul 2020 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis menahan empat individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi sekatan jalan raya Op Mabuk di Jalan Kota Kinabalu - Penampang berhadapan SMK Bahang, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-op-mabuk-empat-lelaki-ditahan-memandu-di-bawah-pengaruh-alkohol-20200711
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:20 MYT

Penampang, 11 Julai 2020 – Polis menahan empat individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi sekatan jalan raya Op Mabuk di Jalan Kota Kinabalu - Penampang berhadapan SMK Bahang, awal pagi tadi.

Dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Penampang turut menahan 70 kenderaan dan 17 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tujuh daripadanya kesalahan berkaitan lesen memandu.

Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Sumber: POLIS Daerah Penampang

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PKPP #COVID-19 [POSTING PILIHAN] OP MABUK: EMPAT LELAKI DITAHAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2020 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM