Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Empat Lelaki Ditahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol 20200711
Penampang, 11 Julai 2020 – Polis menahan empat individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi sekatan jalan raya Op Mabuk di Jalan Kota Kinabalu - Penampang berhadapan SMK Bahang, awal pagi tadi.
Dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Penampang turut menahan 70 kenderaan dan 17 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tujuh daripadanya kesalahan berkaitan lesen memandu.
Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.
Sumber: POLIS Daerah Penampang
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
