
Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Empat Lelaki Ditahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol
Ipoh, 3 Julai 2020 – Polis menahan empat individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi sekatan jalan raya Op Mabuk di kawasan Bandaraya Ipoh, semalam.
Operasi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh itu turut menahan dua individu yang memiliki serta positif dadah.
Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1962.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen PERAK
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN