Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk 24 Saman Dikeluarkan Dan Seorang Ditahan Dalam Op Mabuk Di Johor
Seri Alam, 23 Jun 2020 – Sebanyak 24 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan seorang lelaki berjaya ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di sekitar Jalan Johor Jaya, di sini, tengah malam tadi.
Suspek yang ditahan gagal mematuhi kandungan alkohol dibenarkan untuk memandu ketika ujian saringan pernafasan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak memandu kenderaan sekiranya mengambil minuman beralkohol demi menjaga keselamatan orang ramai.
Sumber: Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seri Alam
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN