Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Benteng Atm Kenal Pasti 49 Lorong Tikus Baharu Di Sarawak

Diterbitkan: 21 Jun 2020 1.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lundu, 21 Jun 2020 - Sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di Sarawak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-op-benteng-atm-kenal-pasti-49-lorong-tikus-baharu-di-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT

Lundu, 21 Jun 2020 - Sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di Sarawak.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM, berkata pekan Biawak adalah antara kawasan di negeri itu yang mempunyai banyak lorong ‘panas’ yang perlu dikawal ketat bagi mengekang kemasukan PATI serta aktiviti jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan pandemik COVID-19.

“Op Benteng melibatkan kerjasama bersepadu antara semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan dalam memutuskan rangkaian kemasukan PATI sama ada di darat atau perairan.

“Op ini akan diteruskan lagi agar lorong-lorong tikus dapat ditutup dan dipantau ketat. Kawalan juga dipertingkatkan di lokasi-lokasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke salah satu Pos Gabungan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem Jawantankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Biawak dan penyampaian bungkusan Aidilfitri dan Gawai di sini, hari ini.

Tan Sri Affendi berkata ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain akan terus komited melaksanakan Op Benteng melalui koordinasi bersepadu bagi memastikan persempadanan negara, baik darat mahupun perairan tidak dicerobohi.

Sumber: Markas Angkatan Tentera Malaysia & Bernama

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Image may contain: 2 people, people sitting, tree, table and outdoor
Image may contain: 10 people, people sitting, child and outdoor
ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2020 1.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM