Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Santuni Pesara Pegawai Kanan Polis

Published: 04 Jul 2020 11.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 4 Julai 2020 - Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal meneruskan lagi inisiatif Polis Petaling Jaya dengan menyantuni penduduk setempat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-kpd-petaling-jaya-santuni-pesara-pegawai-kanan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:11 MYT
Petaling Jaya, 4 Julai 2020 - Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal meneruskan lagi inisiatif Polis Petaling Jaya dengan menyantuni penduduk setempat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.

Beliau bersama bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP (B) Dato' Christopher Wan Soo Kee berpeluang menemui bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di kediamannya, di sini, tengah hari tadi.

Pertemuan hampir setengah jam itu berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan Tan Sri Musa tidak lokek berkongsi pengalamannya semasa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 40 tahun.

Terdahulu, Tuan Ezanee turut menziarahi DSP (B) Kenny Woodworth dan warga emas yang mendiami The Mansion di Jalan Gasing dekat sini.

Selain memaklumkan keadaan kesihatannya kini, DSP (B) Kenny turut menceritakan pengalaman beliau terlibat dalam operasi memburu penjenayah paling dikehendaki sekitar awal tahun 1970-an, iaitu Wong Swee Chin atau lebih dikenali dengan gelaran "Botak Chin".

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Santuni Pesara Pegawai Kanan Polis

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Santuni Pesara Pegawai Kanan Polis

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Santuni Pesara Pegawai Kanan Polis

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Santuni Pesara Pegawai Kanan Polis
ArticlePublished 04 Jul 2020 11.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM