
Article
Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kp Pahang Tinjau Pusat Daerah Mengundi Prk Chini
Pekan, 4 Julai 2020 - Ketua Polis Pahang, CP Dato' Abd Jalil Hassan melakukan tinjauan di beberapa Pusat Daerah Mengundi sekitar daerah ini pagi tadi, sempena...
Pekan, 4 Julai 2020 - Ketua Polis Pahang, CP Dato' Abd Jalil Hassan melakukan tinjauan di beberapa Pusat Daerah Mengundi sekitar daerah ini pagi tadi, sempena proses pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang berlangsung hari ini.
Jelas beliau, tinjauan berkenaan bertujuan melihat situasi semasa di semua pusat mengundi, di samping memastikan penugasan lebih 700 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan dengan sempurna.
Menurutnya lagi, setakat jam 12 tengah hari, proses pengundian berjalan dengan lancar di semua 13 pusat mengundi tanpa sebarang insiden mahupun gangguan.
"Semua pengundi memberi sepenuh kerjasama dan pematuhan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, mengikut kebiasaan baharu akibat pandemik COVID-19," katanya.
Sumber:
Polis Pahang
dan BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN