Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Koperal Patah Bahu Ketika Kejar Suspek Curi Motosikal

Published: 17 Jul 2020 9.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 17 Julai 2020 - Seorang anggota polis mengalami patah bahu kanan selepas mengejar dan menahan seorang suspek curi motosikal di Taman Bukit Blossom, Jalan Tok Ungku Rahang, di sini, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-koperal-patah-bahu-ketika-kejar-suspek-curi-motosikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:20 MYT

Seremban, 17 Julai 2020 - Seorang anggota polis mengalami patah bahu kanan selepas mengejar dan menahan seorang suspek curi motosikal di Taman Bukit Blossom, Jalan Tok Ungku Rahang, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, Koperal Ahmad Fauzi Nordin dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Rahang sedang membuat penugasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bersama dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menaiki kenderaan pasukan.

Beliau kemudiannya menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas dua lelaki yang didapati menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri.

Koperal Ahmad Fauzi mengalami kecederaan ketika bergelut dengan suspek sebelum dia berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih dan berbangga atas keberanian yang ditunjukkan oleh Koperal Ahmad Fauzi semasa lawatan kebajikan yang diadakan petang semalam.

Dalam lawatan tersebut, Tuan Mohd Said turut menyampaikan surat penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada Koperal Fauzi atas kecemerlangan tugas yang dipamerkan sepanjang tahun 2019.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 4 people, people sitting

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 2 people, people sitting and people standing

Image may contain: 3 people

Image may contain: 4 people, people standing
ArticlePublished 17 Jul 2020 9.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM