Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kdn Bakal Guna Pendekatan Pos Kawalan Pga Bergerak Di Sempadan Mdn

Diterbitkan: 19 Jul 2020 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuching, 19 Mei 2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan pendekatan baharu dalam mengawal sempadan darat negara menerusi pelaksanaan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) secara bergerak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-kdn-bakal-guna-pendekatan-pos-kawalan-pga-bergerak-di-sempadan-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT

Kuching, 19 Mei 2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan pendekatan baharu dalam mengawal sempadan darat negara menerusi pelaksanaan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) secara bergerak.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia merujuk kepada sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak terutama yang mempunyai banyak 'laluan tikus' dan sering berubah-ubah.

"Saya perhatikan apabila kita membina pos kawalan PGA di sesuatu kawasan sempadan yang mempunyai laluan masuk ke negara ini, tidak lama selepas itu akan wujud 'lorong tikus' baharu yang berubah mengikut kesesuaian pihak di sebelah sana.

"Jadi dengan pelaksanaan pos kawalan PGA secara bergerak ini, saya kira ia lebih mudah untuk pasukan keselamatan kita bergerak dan tentukan di mana pos kawalan bagi mengawal sempadan kita mengikut keadaan semasa," katanya pada sidang media selepas melawat Sub Taktikal PGA Teluk Melano yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kemudahan yang lebih baik untuk PGA di Teluk Melano akan dilaksana di tanah berkeluasan kira-kira empat hektar merangkumi sebuah bangunan, kuarters dan kemudahan jalan raya.

Bacaan lanjut dipautan seperti berikut http://www.astroawani.com/…/kdn-bakal-guna-pendekatan-pos-k…

Sumber: Astro AWANI

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing and indoor

Image may contain: sky, tree and outdoor

Image may contain: 2 people, tree, outdoor and nature

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

Image may contain: 5 people, people standing and indoor

ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2020 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM