Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Pesanankhidmatmasyarakat Lima Warna Gelang Kuarantin Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan: 21 Sep 2020 1.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan lima warna gelang yang akan dipakaikan kepada mana-mana individu di bawah pengawasan COVID-19, iaitu biru, merah, merah jambu, kuning dan putih.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-pesanankhidmatmasyarakat-lima-warna-gelang-kuarantin-yang-anda-perlu-tahu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:01 MYT

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan lima warna gelang yang akan dipakaikan kepada mana-mana individu di bawah pengawasan COVID-19, iaitu biru, merah, merah jambu, kuning dan putih.

Pemakaian gelang mengikut warna tertentu adalah bergantung kepada bekalan sedia ada di kawasan setempat ataupun ditentukan sendiri oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Setiap gelang yang dipakai akan dicatatkan nama tempat dan tarikh saringan bagi memudahkan pegawai kesihatan atau pihak berkuasa lain membuat semakan rekod.

Individu yang dipakaikan gelang berkenaan perlu berada di rumah sehingga tamat tempoh kurantin dan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI berada di kawasan umum.

Jika mereka ini dikesan berada di kedai makan, pusat beli belah, taman rekreasi dan lain-lain, segera hubungi pihak polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko penularan wabak berbahaya itu.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2020 1.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM