Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Rangkaian Sindiket Seludup Pati Sangat Luas

Diterbitkan: 22 Jun 2020 3.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan rangkaian penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melibatkan banyak pihak yang membantu sindiket terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-rangkaian-sindiket-seludup-pati-sangat-luas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT

Kuala Lumpur, 22 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan rangkaian penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melibatkan banyak pihak yang membantu sindiket terbabit.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, rangkaian sindiket itu sangat luas termasuk disokong oleh individu yang bersekongkol dengan sindiket itu.

"Selama ini kita sedar bahawa kegiatan haram ini memang menguntungkan sindiket kerana permintaan khidmat mereka sentiasa tinggi.

"Oleh kerana permintaan yang tinggi, maka ramai yang tewas dengan godaan wang haram. Ini termasuk anggota keselamatan, orang kampung, nelayan, pengusaha teksi dan prebet sapu," katanya.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, pihaknya bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain dalam melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket penyeludupan PATI.

"Kita berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen, transporter (pengangkut) dan pemilik premis yang menempatkan PATI. Tangkapan ini dapat memutuskan aliran masuk PATI melalui lorong tikus," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2020 3.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM