Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Polis Gerakkan Aset Kekang Pencerobohan Pati Di Sabah

Diterbitkan: 21 Sep 2020 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis Sabah mendedahkan, Pasukan itu mendapat maklumat mengenai rancangan pencerobohan pendatang tanpa izin (PATI) secara besar-besaran dari negara jiran ke negeri ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-polis-gerakkan-aset-kekang-pencerobohan-pati-di-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:29 MYT

Kota Kinabalu, 21 September 2020 - Polis Sabah mendedahkan, Pasukan itu mendapat maklumat mengenai rancangan pencerobohan pendatang tanpa izin (PATI) secara besar-besaran dari negara jiran ke negeri ini.

Kumpulan PATI terbabit dikatakan merancang untuk mencetuskan kekacauan di negeri ini, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan pada 26 September ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Hazani Ghazali, berkata susulan maklumat itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan aset maksimum bagi mengekang pencerobohan PATI terbabit.

"Kita mendapat maklumat, akan berlaku kemasukan secara besar-besaran ke negeri ini pada musim PRN dari negara jiran bagi tujuan membuat kekacauan.

"Pasukan keselamatan akan berusaha menghalang kemasukan ini bagi memastikan kelancaran PRN, selain ketenteraman Sabah terus terpelihara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.

Dato’ Hazani berkata, aset di perairan negara juga digerakkan bagi melakukan rondaan sempadan, selain menggabungkan kerjasama Op Benteng bersama agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, kerjasama itu juga bagi meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang tarikh pengundian PRN yang bakal tiba.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Polis Gerakkan Aset Kekang Pencerobohan Pati Di Sabah

ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2020 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM