Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Rampas 19 6 Tan Daun Ketum Bernilai Lebih Rm700 Ribu Sepanjang September

Published: 02 Oct 2020 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padang Besar, 2 Oktober 2020 - Kira-kira 50 peratus daripada 19.6 tan rampasan ketum di daerah ini didapati datang dari pokok ketum yang ditanam di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Perlis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-pga-rampas-19-6-tan-daun-ketum-bernilai-lebih-rm700-ribu-sepanjang-september
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Rampas 19 6 Tan Daun Ketum Bernilai Lebih Rm700 Ribu Sepanjang September
Home / Article / Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Rampas 19 6 Tan Daun Ketum Bernilai Lebih Rm700 Ribu Sepanjang September
Back to Library
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Rampas 19 6 Tan Daun Ketum Bernilai Lebih Rm700 Ribu Sepanjang September

Padang Besar, 2 Oktober 2020 - Kira-kira 50 peratus daripada 19.6 tan rampasan ketum di daerah ini didapati datang dari pokok ketum yang ditanam di kawasan Lem...

Padang Besar, 2 Oktober 2020 - Kira-kira 50 peratus daripada 19.6 tan rampasan ketum di daerah ini didapati datang dari pokok ketum yang ditanam di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Perlis.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Wilayah Utara, Superintendan Abdul Razak Md Din berkata, rampasan itu dilakukan pihaknya sepanjang bulan lalu membabitkan nilai RM716,980.

Katanya, rampasan selebihnya membabitkan daun ketum yang dikesan ditanam di beberapa kawasan seperti Naka dan Pendang, Kedah.

"Antara kawasan Felda yang dikesan menjadi kawasan penanaman pokok ketum adalah di Mata Ayer, Rimba Emas dan Chuping.

"Risikan turut mendapati sebahagian besar daun ketum ditanam di kawasan berkenaan dibawa ke Kuala Perlis melalui laluan darat menggunakan kenderaan kecil seperti kereta sebelum diseludup ke Thailand melalui sempadan perairan.

"Pada bulan ini, lima tan daun ketum berjaya dihalang daripada diseludup ke Satun, Thailand melalui perairan Kuala Perlis manakala selebihnya di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sekitar Padang Besar," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Padang Qaeran Oleh Afnan 50% DARI KAWASAN FELDA ahman m@hmetro.com.my Hantar ketum peratus waktu senja Lembasa
ArticlePublished 02 Oct 2020 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM