Artikel
Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Tujuh Pati Ditahan Cuba Masuk Malaysia
Kangar, 4 Julai 2020 - Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan polis dalam Op Benteng selepas masuk ke negara ini dengan sebuah bot nel...
Kangar, 4 Julai 2020 - Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan polis dalam Op Benteng selepas masuk ke negara ini dengan sebuah bot nelayan, semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, penahanan mereka yang berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dilakukan sejurus bot nelayan terbabit berlabuh di Pangkalan Kecil Tandop Sungai Bahru, kira-kira jam 1 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menyedari kehadiran bot nelayan terbabit selepas terserempak dengan kumpulan itu ketika melakukan rondaan di kawasan sekitar.
"Pada awalnya, mereka memberi alasan ingin menangkap ikan namun pemeriksaan di dalam bot tidak menemui sebarang peralatan menangkap ikan.
"Malah hasil soal siasat awal secara berasingan ke atas mereka juga mengelirukan kerana sebahagian daripada mereka mendakwa sedang berlayar ke Satun, Thailand," katanya.
Kesemua PATI direman selama 14 hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan turut dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani saringan COVID-19.
Bacaan lanjut adalah seperti di pautan berikut,https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/707220/7-pati-ditahan-cuba-masuk-malaysia
Sumber:
Berita Harian Online
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
