Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Sempadan Malaysia Thailand Di Sungai Golok Dikawal Ketat

Published: 05 Oct 2020 3.00 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Rantau Panjang, 5 Oktober 2020 - Suasana sepanjang Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand lengang tanpa sebarang aktiviti keluar masuk dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-sempadan-malaysia-thailand-di-sungai-golok-dikawal-ketat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT

Rantau Panjang, 5 Oktober 2020 - Suasana sepanjang Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand lengang tanpa sebarang aktiviti keluar masuk dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

Tinjauan mendapati, setiap pangkalan haram yang menjadi 'kawasan panas' dalam kalangan penyeludup juga dijaga rapi oleh beberapa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang lengkap bersenjata.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, kawalan selama 24 jam dilakukan dengan tenaga kerja seramai 400 anggota dan pegawai yang bertugas secara bergilir di setiap pangkalan termasuk membuat rondaan bermotor dan kereta bagi memastikan keadaan terkawal.

"Melalui Op Benteng COVID-19, Batalion 7 PGA mengawal ketat 128 pangkalan haram yang dikenal pasti iaitu di sektor Rantau Panjang sebanyak 51 buah, Sektor Jeram Perdah, 27 buah dan Sektor Kuala Jambu, 51 buah.

"Anggota sentiasa diingatkan untuk lebih komited menjalankan tugas mereka terutama bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditambah dengan situasi negara yang kini dibelenggu dengan wabak pandemik COVID-19 yang kembali meningkat.

"Perkara ini perlu bagi memastikan penularan wabak terbabit dapat dibendung daripada terus meningkat lagi dan seterusnya membahayakan keselamatan rakyat tempatan sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/sempadan-malaysia-thailand-di-s…

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 05 Oct 2020 3.00 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM