Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Polis Tingkatkan Rondaan Di Kawasan Paya Bakau Kekang Penyeludupan Warga Asing

Published: 05 Jul 2020 8.44 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Kuala Lumpur, 5 Julai 2020 - Polis mempertingkat rondaan serta pemantauan di kawasan paya bakau di seluruh negara, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-polis-tingkatkan-rondaan-di-kawasan-paya-bakau-kekang-penyeludupan-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Home / Article / Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Polis Tingkatkan Rondaan Di Kawasan Paya Bakau Kekang Penyeludupan Warga Asing
Back to Library
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Polis Tingkatkan Rondaan Di Kawasan Paya Bakau Kekang Penyeludupan Warga Asing

Kuala Lumpur, 5 Julai 2020 - Polis mempertingkat rondaan serta pemantauan di kawasan paya bakau di seluruh negara, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan...

Kuala Lumpur, 5 Julai 2020 - Polis mempertingkat rondaan serta pemantauan di kawasan paya bakau di seluruh negara, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, Pasukan Gerakan Am digerakkan bagi melaksanakan operasi di semua lokasi yang dikenal pasti, termasuk di kawasan paya bakau.

“Lokasi mereka (sindiket) sentiasa berubah, kerana mereka tidak mahu dikesan pihak berkuasa, namun pihak polis sentiasa pantau kegiatan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin kini menjadikan kawasan paya bakau di Selangor, sebagai lokasi transit untuk mereka masuk dan keluar dari negara ini.

Jumaat lepas, 84 pendatang tanpa izin ditahan di kawasan paya bakau di Tambak Jawa, Selangor, ketika menunggu sebuah bot untuk membawa mereka menyeberangi sempadan negara.

Bacaan lanjut di pautan akhbar terbitan Bernama seperti berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1857477

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 05 Jul 2020 8.44 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM