Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Polis Berkas 29 Individu Di Perlis

Diterbitkan: 25 Jun 2020 8.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kangar, 25 Jun 2020 - Polis menahan 29 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Perlis menerusi Op Benteng yang dilakukan sejak 4 Jun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-polis-berkas-29-individu-di-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT

Kangar, 25 Jun 2020 - Polis menahan 29 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Perlis menerusi Op Benteng yang dilakukan sejak 4 Jun lalu.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai berperanan sebagai tekong darat dan tekong laut.

"Polis juga sedang mengesan jika ada individu lain yang terlibat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Pada 10 Jun lalu, media tempatan melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihak berkuasa berjaya menahan ratusan tekong darat, ejen, 'transporter' (pengangkut) dan pemilik premis 'penampungan' (rumah yang menempatkan PATI).

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.sinarharian.com.my/…/Op-Benteng-berkas-29-indiv…

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 25 Jun 2020 8.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM