Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Op Benteng Kekang Kemasukan Pati

Published: 25 Jun 2020 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 24 Jun 2020 - Hanya seorang warga asing yang ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-op-benteng-kekang-kemasukan-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:26 MYT

Kuala Lumpur, 24 Jun 2020 - Hanya seorang warga asing yang ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan terus mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak berkompromi dengan penyeludup.

Semalam, katanya, polis melakukan 68 SJR dan memeriksa 43,997 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

"Sejak 1 Mei hingga semalam, seramai 1,036 PATI dan 176 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus.

"Turut ditahan 49 individu disyaki penyeludup serta 27 kapal," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dato' Sri Ismail Sabri berkata, Op Benteng itu dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) secara bersepadu untuk mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Op Benteng Kekang Kemasukan Pati
ArticlePublished 25 Jun 2020 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM