Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Lima Warga Indonesia Ditahan Di Perairan Dekat Perak

Published: 19 Jun 2020 6.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Jun 2020 - National Task Force (NTF) Malaysia menahan lima nelayan warga Indonesia kerana berada di perairan negara, kira-kira 9.05 pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-lima-warga-indonesia-ditahan-di-perairan-dekat-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:43 MYT

Kuala Lumpur, 19 Jun 2020 - National Task Force (NTF) Malaysia menahan lima nelayan warga Indonesia kerana berada di perairan negara, kira-kira 9.05 pagi semalam.

Bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Bagan Sungai Burung, Selangor, sebelum pengusiran cuba dilakukan oleh kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), KM Malawali.

NTF Malaysia berkata, semasa dipantau sebuah lagi bot penguatkuasa Maritim Malaysia, Petir 80, bot nelayan berkenaan tenggelam akibat bocor.

"Krew Petir 80, menyelamatkan lima warga Indonesia terbabit selepas bot mereka tenggelam dan membawa semua mangsa terbabit ke jeti Hutan Melintang, untuk melakukan 'swabbing test' sebelum diserahkan kepada pasukan Keselamatan Maritim Negeri Perak, pada jam 10.20 pagi semalam.

"Pada masa ini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebocoran sama ada akibat sengaja dibocorkan atau sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, lima warga Indonesia terbabit yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI), dibawa ke Klinik Kesihatan Setiawan, Perak untuk ujian COVID-19, pada jam 1.00 tengah hari dan akan diletakkan di pusat transit sementara di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sehingga keputusan ujian diperoleh. #KitaJagaKita

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 19 Jun 2020 6.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM