Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Kawat Duri Lumpuhkan Kegiatan Penyeludupan Di Sempadan Malaysia Thailand

Diterbitkan: 14 Oct 2020 2.15 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Mas, 14 Oktober 2020 - Pemasangan kawat duri atau "Concertina Wire" di 13 lokasi ‘panas’ dari Rantau Panjang, dekat sini, hingga Pengkalan Kubor, Tumpat, sejak 13 Julai lepas berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-kawat-duri-lumpuhkan-kegiatan-penyeludupan-di-sempadan-malaysia-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:00 MYT
Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Kawat Duri Lumpuhkan Kegiatan Penyeludupan Di Sempadan Malaysia Thailand
Laman Utama / Artikel / Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Kawat Duri Lumpuhkan Kegiatan Penyeludupan Di Sempadan Malaysia Thailand
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Kawat Duri Lumpuhkan Kegiatan Penyeludupan Di Sempadan Malaysia Thailand

Pasir Mas, 14 Oktober 2020 - Pemasangan kawat duri atau "Concertina Wire" di 13 lokasi ‘panas’ dari Rantau Panjang, dekat sini, hingga Pengkalan Kubor, Tumpat,...

Pasir Mas, 14 Oktober 2020 - Pemasangan kawat duri atau "Concertina Wire" di 13 lokasi ‘panas’ dari Rantau Panjang, dekat sini, hingga Pengkalan Kubor, Tumpat, sejak 13 Julai lepas berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand.

Tinjauan dilakukan Batalion ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini mendapati hampir kesemua lokasi yang dipasang dengan kawat duri seolah-olah ‘mati’ dan tiada sebarang pergerakan dikesan.

Pegawai pemerintahnya, Superintendan Azhari Nusi berkata inisiatif pemasangan kawat duri itu menunjukkan kejayaan dalam membendung kegiatan barangan kontraban dan kemasukan pendatang tanpa izin, malah, kawat duri yang setiap satunya sepanjang 500 meter itu masih dalam keadaan elok dan tidak dirosakkan.

"Hasil kajian menunjukkan pemasangan kawat duri mendapat maklum balas baik daripada masyarakat setempat kerana statistik kemasukan pendatang haram menurun. Selain itu, pangkalan haram yang sebelum ini aktif menjadi sepi tanpa sebarang pergerakan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Superintendan Azhari berkata pihaknya turut memantau laluan tikus serta kewujudan pangkalan haram baharu yang sentiasa berubah bagi mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan penyeludupan dilakukan oleh individu tertentu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1889787

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2020 2.15 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM