Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Sukarelawan Polis Cedera Dirempuh Di Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: 17 Sep 2020 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kluang, 17 September 2020 - Seorang anggota sukarelawan polis (PVR) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-sukarelawan-polis-cedera-dirempuh-di-sekatan-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT

Kluang, 17 September 2020 - Seorang anggota sukarelawan polis (PVR) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di sini, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kluang sedang membuat operasi Op Motosikal di Jalan Hashim di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata, akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Pada pukul 11 malam, sebuah motosikal membuat pusingan U untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya tersebut.

"Dalam cubaan melarikan diri, suspek telah melanggar seorang anggota PVR yang terlibat di dalam operasi tersebut. Akibat rempuhan itu, mangsa dan suspek terjatuh, namun penunggang motosikal itu berjaya melarikan diri dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dan dilaporkan stabil.

Katanya, polis kemudian berjaya menangkap suspek berusia 20 tahun itu yang turut mengalami kecederaan tangan.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2020 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM