Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Ppm Rampas Rokok Seludup Bernilai Hampir Rm3 Juta

Published: 27 Oct 2020 4.13 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas 19,600 karton rokok berjumlah RM2.94 juta dalam serbuan di Hutan Bakau Sungai Bukit Kluang, Besut, Terengganu, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-ppm-rampas-rokok-seludup-bernilai-hampir-rm3-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT

Pasir Puteh, 27 Oktober 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas 19,600 karton rokok berjumlah RM2.94 juta dalam serbuan di Hutan Bakau Sungai Bukit Kluang, Besut, Terengganu, semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Tuan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan jam 5 pagi membabitkan lebih 3.9 juta rokok itu adalah rampasan rokok terbesar pasukan terbabit tahun ini.

Katanya, anggota PPM menyerbu lokasi berkenaan selepas melihat sekumpulan lelaki memunggah barangan ke dalam dua lori selepas melakukan intipan.

"Kumpulan lelaki terbabit melarikan diri dengan meninggalkan lori dan barangan berkenaan sebaik anggota penguat kuasa menghampiri serta memperkenalkan diri.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pelbagai jenama rokok yang diisi di dalam kotak dan dibungkus plastik hitam dipercayai untuk pasaran luar Kelantan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 27 Oct 2020 4.13 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM