
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Orang Ramai Semakin Alpa Tidak Ikut Sop
Kuala Lumpur, 17 Julai 2020 - Orang ramai kini dilihat semakin alpa dan melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana menganggap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi dikuatkuasakan.
Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan rakyat supaya terus mematuhi SOP kerana tindakan masih boleh dikenakan mengikut akta berkenaan.
"Kerajaan berharap rakyat meiyadi mata dan telinga pihak berkuasa. Jika didapati ada pelanggaran SOP, sila laporkan kepada polis dan pasukan beruniform lain yang terbabit dalam operasi pematuhan SOP ini.
"Dari segi mereka yang direman dan dikenakan kompaun, jelas menunjukkan kerajaan masih menguatkuasakan SOP mengikut Akta 342," katanya.
Dato' Sri Ismail Sabri berkata rakyat perlu terus berwaspada dan memastikan kawalan kendiri, selain sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dalam kebiasaan baharu untuk mencegah COVID-19.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN